Jom Beli & Menang
Jom Beli & Menang

TERMA DAN SYARAT UNTUK JACK ‘N JILL BELI & MENANG PROMOSI (“Promosi”)

PENTING: SILA BACA TERMA DAN SYARAT INI (“TERMA DAN SYARAT”) SEBELUM MENYERTAI PROMOSI. INI ADALAH PERJANJIAN UNDANG-UNDANG YANG MENGIKAT ANDA DAN URC SNACK FOODS (MALAYSIA) (“PENGANJUR ”) YANG MENETAPKAN TERMA DAN SYARAT SEPERTI DI BAWAH YANG PERLU ANDA PATUHI UNTUK MENYERTAI PROMOSI INI. DENGAN MENYERTAI PROMOSI INI, ANDA MENGESAHKAN YANG ANDA TELAH MEMBACA, MEMAHAMI, DAN BERSETUJU UNTUK MEMATUHI TERMA DAN SYARAT BERIKUT.

Promosi ini akan berjalan mulai 1hb Jun 2022 jam 12:00AM (+8 GMT) dan berakhir pada 31hb Julai 2022 pukul 11:59PM (+8 GMT) ("Tempoh Promosi"). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan disingkirkan. Dengan menyertai promosi ini, semua peserta dianggap telah menerima Terma dan Syarat ini dan bahawa mereka bersetuju untuk mematuhinya. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

  1. KELAYAKAN
    1. Promosi ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan Promosi ini) dengan Kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia yang sah ("Peserta").
    2. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, ejen, pengedar, dan wakil Penganjur daripada setiap syarikat induk, gabungan, bahagian, anak syarikat, ejen, wakil, dan agensi pengiklanan masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tanpa mengira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di rumah yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai ikatan kekeluargaan atau tidak), tidak layak untuk menyertai Promosi.
    3. Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat Promosi ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi mana-mana kriteria penyertaan seperti yang ditetapkan oleh Penganjur.
  2. MAKLUMAT PROMOSI
    1. Promosi ini akan berjalan mulai 1hb Jun 2022 jam 00:00 dan berakhir pada 31hb Julai 2022 jam 23:59 melalui di mana-mana kedai yang mengambil bahagian di dalam tempoh Promosi. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh Promosi akan disingkirkan.
    2. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini, walau bagaimanapun setiap penyertaan Promosi mesti disokong dengan bukti pembelian yang sah dan unik. Penganjur tidak membenarkan penggunaan bukti pembelian yang sama untuk penyertaan seterusnya.
    3. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung, atau menamatkan Promosi mengikut budi bicara mutlaknya atau jika ia tidak menerima bilangan yang mencukupi untuk penyertaan yang layak atau jika Promosi tidak dapat diteruskan atas apa jua alasannya. Penamatan atau penggantungan itu tidak akan memberikan hak kepada Peserta untuk mengemukakan sebarang tuntutan.
  3. MEKANIK PENYERTAAN
    1. Sebelum memahami mekanik penyertaan, Peserta dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap implikasi Promosi di mana Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang mungkin terjadi sepanjang Tempoh Peromosi. Peserta akan menanggung segala risiko dengan menyertai Promosi ini dan adalah penting untuk Peserta sentiasa berhati-hati dengan keadaan yang tidak dijangkakan.
    2. Mekanik penyertaan adalah seperti berikut (“Mekanik Penyertaan”):
      1. Beli mana-mana produk Jack ‘n Jill yang turut serta bernilai RM10 dan ke atas dalam satu resit di mana-mana kedai yang mengambil bahagian (rujuk kepada Lampiran A) di dalam Tempoh Promosi. Produk-produk yang turut serta adalah seperti berikut:
        • Jack ‘n Jill ROLLER-COASTER
        • Jack ‘n Jill POTATO CHIPS
        • Jack ‘n Jill CREAM-O
        • Jack ‘n Jill CLOUD 9
        • Jack ‘n Jill NIPS
      2. Imbas kod QR yang dicetak pada Bahan Jualan Promosi, atau WhatsApp Gambar Resit, , dan hantar ke +6014-672 3648
        • Contoh: Siti Binti Khalid XXXXXX-XX-XXXX
      3. Kemudian, menjawabkan soalan: Warna logo JACK ‘n JILL adalah merah dan putih (Y/T). Peserta perlu menjawab soalan ini dengan betul untuk disenaraikan sebagai penyertaan yang layak.
      4. Resit pembelian mesti disimpan.
      5. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau yang gagal mematuhi Mekanik Penyertaan dan Terma dan Syarat akan disingkirkan daripada Promosi secara automatik tanpa sebarang notis.
  4. PENGESAHAN PENYERTAAN
    1. Peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang diingini, walau bagaimanapun setiap penyertaan mesti disokong dengan resit pembelian produk-produk Jack ‘n Jill sekurang-kurangnya RM10.00 dalam resit tunggal yang sah dan unik.
    2. Resit pembelian mesti menunjukkan Produk, Nilai, Nombor Resit, Tarikh dan Nama Kedai dengan jelas.
    3. Resit yang ditulis, ‘Purchase Order’ dan Nota Penghantaran (‘Delivery Note’) tidak akan diterima sebagai Bukti Pembelian yang sah.
    4. Resit dari pembelian dalam talian (‘online purchase’) tidak layak sebagai penyertaan yang sah.
    5. Semua penyertaan mesti diterima oleh Penganjur pada atau sebelum 23:59:59 pada 31hb Julai 2022.
  5. HADIAH-HADIAH
    1. Terdapat sejumlah tiga puluh enam (36) Hadiah (“Hadiah”) untuk dimenangi bagi Promosi ini, seperti berikut:
      • Hadiah Pertama x 1: Samsung 55” Smart TV
      • Hadiah Kedua x 2: Electrolux Vacuum Cleaner
      • Hadiah Ketiga x 3: Sharp Air Purifier
      • Hadiah Saguhati x 30: Touch ‘n Go credit bernilai RM100
    2. Dengan menyertai Promosi ini, peserta mengakui yang Hadiah yang ditawarkan tidak melebihi jumlah yang dinyatakan.
    3. Penganjur berhak untuk menggantikan sebarang hadiah dengan nilai yang sama pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
    4. Pemenang akan diberitahu melalui eMel, teks WhatsApp atau panggilan telefon mengenai cara-cara untuk menuntut Hadiah.
    5. Pemenang mesti mengemukakan Bukti Pembelian untuk menuntut Hadiah.
    6. Hadiah-hadiah disediakan dalam keadaan seperti dinyatakan dan tidak boleh dipindah milik, ditukar atau ditunaikan. Penganjur berhak untuk tidak memberi Hadiah atau hadiah alternatif dengan nilai yang sama atau lebih besar, untuk apa jua alasan kepada sesiapa yang gagal memenuhi mana-mana syarat yang ditetapkan untuk menuntut Hadiah.
    7. Pemenang mungkin diminta menandatangani Perjanjian Penyertaan / Pelepasan dalam bentuk yang diperlukan oleh Penganjur untuk menuntut Hadiah.
    8. Penganjur berhak untuk mengganti mana-mana pemenang yang didapati hilang kelayakan, untuk apa jua alasan, dengan pemenang alternatif.
    9. Kecuali dinyatakan sebaliknya, semua Hadiah HARUS dituntut pada 31hb Ogos 2022. Hadiah yang tidak dituntut dalam tarikh yang ditetapkan akan dibatalkan.
    10. Hadiah adalah tertakluk pada terma dan syarat penaja dan vendor pihak ketiga, jika ada. Penganjur tidak bertanggungjawab atas syarat-syarat ini dan ke atas penggunaan Hadiah.
  6. HAK PENGANJUR
    1. Pihak Penganjur mempunyai hak dan budi bicara tunggal untuk menyingkirkan, tidak mempertimbangkan atau menolak mana-mana penyertaan yang disifatkan olehnya sebagai tidak wajar atau menyinggung dalam apa sahaja keadaan.
    2. Penganjur atau ejen-ejennya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa (i) kehilangan, kelewatan, atau penyertaan tidak lengkap, yang membatalkan penyertaan; atau (ii) untuk sebarang kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kepincangan sebarang sambungan, perkakasan atau perisian elektronik; atau (iii) sebarang kesilapan, manusia, teknikal atau yang demikian.
    3. Peserta yang mengambil bahagian dalam Promosi menanggung sepenuhnya segala risiko sendiri. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk apa-apa kehilangan, kecelakaan, kecederaan, kerosakan atau kemalangan kepada mana-mana orang atau harta apa jua dan apa-apa tuntutan, ganti rugi atau kerugian yang timbul daripada penyertaan mereka atau tidak menyertai dalam promosi. Peserta menanggung sepenuhnya sebarang cukai, yuran, levi atau caj yang perlu dibayar, jika ada, berkaitan dengan apa jua penebusan hadiah(-hadiah) yang diberikan kepada mereka. Peserta mestilah menanggung sepenuhnya liabiliti berkaitan dengan sebarang kecelakaan, kecederaan, kerosakan atau kemalangan kepada mana-mana orang atau harta apa jua dan apa-apa tuntutan, ganti rugi atau kerugian yang timbul daripada Promosi mereka atau tidak menyertai dalam Promosi.
  7. POLISI PERIBADI
    1. Maklumat Am
      1. Pihak Penganjur menghormati hak peribadi setiap individu yang melayari platform digital milik Penganjur atau maklum balas yang diberikan melalui pengiklanan interaktif Penganjur. Kenyataan Privasi ini menggariskan bahawa Penganjur akan mengumpulkan dan menggunakan maklumat yang diperolehi. Kenyataan ini juga akan memberikan arahan kepada Peserta tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya Peserta memilih untuk tidak membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpulkan atau digunakan semasa mereka melayari laman web milik Penganjur atau semasa Peserta memberikan maklum balas kepada iklan diterbitkan oleh Penganjur.
    2. Maklumat Peribadi
      1. Pihak Penganjur tidak akan mengumpulkan sebarang maklumat peribadi Peserta (seperti, nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel Peserta) melainkan diserahkan secara sukarela oleh Peserta kepada Penganjur.
      2. Sekiranya Peserta memilih untuk tidak membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpulkan, mereka tidak perlu menyerahkan maklumat tersebut kepada Penganjur. Sekiranya maklumat itu telah dihantar dan Peserta ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, Peserta boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1 / 20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat Peserta daripada fail yang sedia ada.
      3. Setelah Peserta menyerahkan maklumat peribadi kepada Penganjur, Pihak Penganjur mungkin akan menggunakan maklumat tersebut seperti yang berikut; kecuali dinyatakan sebaliknya: Penganjur akan menyimpan dan memproses maklumat peribadi tersebut untuk lebih memahami kehendak Peserta dan bagaimana Penganjur boleh memperbaiki mutu produk dan servis mereka; Pihak Penganjur akan menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi Peserta; dan Penganjur mungkin akan berkongsi maklumat tersebut kepada pihak ketiga.
    3. Maklumat Bukan Peribadi Dikumpulkan Secara Automatik
      1. Dalam kes-kes tertentu, Penganjur mungkin akan mengumpulkan maklumat bukan peribadi Peserta. Contoh-contoh maklumat tersebut termasuk jenis pelayar internet, sistem pengendalian komputer, dan domain digunakan oleh Peserta yang dihubungkan dari laman web dan iklan milik Penganjur.
      2. Maklumat Tersimpan Secara Automatik dalam Pemacu Keras Komputer Anda.
      3. Sekiranya Peserta melayari dan melihat salah satu daripada laman web atau iklan milik Penganjur, Penganjur mungkin menyimpan sesetengah maklumat dalam komputer anda. Maklumat ini dikenali sebagai “Cookie” atau fail sama yang akan membantu Penganjur dalam banyak cara. Sebagai contoh, Cookies membenarkan Penganjur untuk menyesuaikan minat dan pilihan Peserta melalui laman web atau iklan milik Penganjur. Kebanyakan pelayar internet, membolehkan Peserta memadamkan Cookie daripada cakera keras atau komputer mereka, menyekat semua Cookie, atau menerima amaran sebelum Cookie disimpan. Peserta perlu merujuk kepada arahan pelayar atau layar bantuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi ini.
    4. Maklumat Tambahan
      1. Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
    5. Hubungi Kami
      1. Sekiranya Peserta telah menyerahkan maklumat peribadi melalui laman web dan iklan interaktif milik Penganjur, dan Peserta ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, Peserta boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat Peserta daripada fail yang sedia ada.

HAK CIPTA © 2021 URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd - JACK 'n JILL. HAK CIPTA TERPELIHARA. TERMA DAN SYARAT POLISI PRIVASI.






Lampiran A

Kedai-kedai yang mengambil bahagian:

1) Eco-Shop Marketing Sdn Bhd
2) Ninso Global
3) Noko Malaysia
4) Cheap2Shop Sdn Bhd
5) SetiaHub Sdn Bhd
6) NT Shop Sdn Bhd
7) Zon Jimat
8) Eco Save Trading (M) Sdn Bhd
9) Perniagaan OKN Tan Sdn Bhd
10) Yang Yang Cash & Carry Sdn Bhd
11) N Save
12) Maslo Trading