Pengumuman:

Tarikh penebusan untuk restoran di Melaka telah ditetapkan pada 27hb November 2021. Untuk maklumat restoran, sila rujuk terma & syarat no. 3.6.
Untuk penebusan satu set Asam Pedas Ikan secara percuma dari restoran di Melaka, tarikh pembelian satu pek JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan telah dilanjutkan dari 15hb Oktober hingga 27hb November 2021. Rujuk terma & syarat no. 3.2.

Asam Pedas Ikan Percuma dari JACK ‘n JILL Potato Chips banner
Asam Pedas Ikan Percuma dari JACK ‘n JILL Potato Chips banner

Penebusan ‘Waaa Bestnye Asam Pedas Ikan Percuma dari JACK ‘n JILL Potato Chips’ (13hb November 2021)

Terma dan Syarat

Terma dan syarat (“Terma dan Syarat”) berikut diguna pakai untuk penebusan ‘Waaa Bestnye Asam Pedas Ikan Percuma dari JACK ‘n JILL Potato Chips’ ("PENEBUSAN") yang dianjurkan oleh URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (No. Syarikat 198201012921) ("Penganjur").

PENEBUSAN ini akan diadakan pada 13hb November 2021 selama 2 jam ("Tempoh PENEBUSAN"). PENEBUSAN di luar Tempoh PENEBUSAN akan disingkirkan. Dengan menyertai PENEBUSAN ini, semua penebus dianggap telah menerima Terma dan Syarat ini dan bahawa mereka bersetuju untuk mematuhinya. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

  1. KELAYAKAN
    1. PENEBUSAN ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan PENEBUSAN ini) dengan Kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia yang sah ("Penebus"). Sekiranya Penebus berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan PENEBUSAN ini, Peserta dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum melakukan PENEBUSAN ini dan, atas permintaan Penganjur, pengesahan ini adalah perlu diserahkan.
    2. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, ejen, pengedar, dan wakil Penganjur daripada setiap syarikat induk, gabungan, bahagian, anak syarikat, ejen, wakil, dan agensi pengiklanan masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tanpa mengira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di rumah yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai ikatan kekeluargaan atau tidak), tidak layak untuk melakukan PENEBUSAN.
    3. Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Penebus yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat PENEBUSAN ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Penebus gagal memenuhi mana-mana kriteria penyertaan seperti yang ditetapkan oleh Penganjur.
  2. MAKLUMAT PENEBUSAN
    1. PENEBUSAN ini akan berjalan mulai 13hb November 2021 melalui restoran-restoran dan masa yang disenaraikan oleh Penganjur di Terma dan Syarat ini atau di www.urc.com.my pada 15hb Oktober 2021 (“RESTORAN”). Penebusan yang diterima di luar Tempoh PENEBUSAN akan disingkirkan.
    2. Setiap Penebus hanya layak untuk menebus satu (1) set Asam Pedas Ikan sahaja dengan setiap resit pembelian dengan sekurang-kurangnya satu pek JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan. Penganjur tidak membenarkan penggunaan bukti pembelian yang sama untuk penebusan yang seterusnya.
    3. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung, atau menamatkan PENEBUSAN mengikut budi bicara mutlaknya atau jika PENEBUSAN tidak dapat diteruskan atas apa jua alasannya. Penamatan atau penggantungan itu tidak akan memberikan hak kepada Penebus untuk mengemukakan sebarang tuntutan.
  3. MEKANIK PENEBUSAN
    1. Sebelum memahami mekanik PENEBUSAN, Penebus dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap implikasi PENEBUSAN di mana Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang mungkin terjadi sepanjang Tempoh PENEBUSAN. Penebus akan menanggung segala risiko dengan melakukan PENEBUSAN ini dan adalah penting untuk Penebus sentiasa berhati-hati dengan keadaan yang tidak dijangkakan.
    2. Mekanik PENEBUSAN adalah seperti berikut (“Mekanik PENEBUSAN”):
      1. Langkah 1: Beli sekurang-kurangnya satu pek JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan dari 15hb Oktober 2021 hingga 13hb November 2021 dan bawa resit pembelian ke RESTORAN pada Tempoh PENEBUSAN.
      2. Langkah 2: Tunjuk dan serahkan resit pembelian kepada pihak RESTORAN untuk menebus Satu (1) set Asam Pedas Ikan pada 13hb November 2021 pada masa yang ditetapkan oleh RESTORAN.

      Untuk penebusan satu set Asam Pedas Ikan secara percuma dari restoran di Melaka, tarikh pembelian satu pek JACK ‘n JILL Potato Chips Asam Pedas Ikan telah dilanjutkan dari 15hb Oktober hingga 27hb November 2021. Sila bawa resit untuk penebusan pada 27hb November 2021.

    3. Penebusan adalah untuk Satu (1) set Asam Pedas Ikan yang telah ditentukan oleh RESTORAN. Setiap RESTORAN mungkin akan menentukan masa yang berbeza, set yang berbeza dan bilangan set untuk ditebus tetapi setiap set mesti mengandungi sekurang-kurangnya satu hidangan asam pedas ikan (“SET ASAM PEDAS IKAN”).
    4. Penebusan adalah berdasarkan asas layan dahulu dan diteruskan sementara stok masih ada. PENEBUSAN akan ditamatkan sekiranya semua SET ASAM PEDAS IKAN yang ditentukan oleh RESTORAN habis ditebus walaupun masih di dalam Tempoh PENEBUSAN.
    5. Penebusan SET ASAM PEDAS IKAN adalah untuk di bawa pulang dan bukan untuk makan di kedai.
    6. RESTORAN, alamat dan masa penebusan:
      No. Restoran Alamat Tempoh Masa Penebusan
      1 Restoran Periuk Belanga B-G-09, Jalan SS 6/20, Dataran Glomac, 47301 Petaling Jaya, Selangor 4:00pm - 6:00pm
      2 Restoran Asam Pedas Muar Istimewa 25, 17, Jln 1/23e, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur 12:00pm - 2:00pm
      3 Kedai Makanan Dan Minuman Panas Azhar Bin Ahmad 2035, Jalan Megat Harun 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang 12:00pm - 2:00pm
      4 Mak Tok Ikan Bakar A49, A50 Gerai Taman Sejati Indah, Jalan Pematang Gedong, 08000 Sungai Petani 12:00pm - 2:00pm
      5 Anjung Keli No. 550, Medan Seri Pulai, Jalan Padang Behor, 01000 Kangar, Perlis 12:00pm - 2:00pm
      6 Asam Pedas Ipoh 1, Selasar Rokam 7, Taman Ipoh Jaya, 31350 Ipoh, Perak 12:00pm - 2:00pm
      7 Restoran Asam Pedas – Original 16, Jalan Serangkai 18, Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor 12:00pm - 2:00pm
      8 Restoran dan tarikh penebusan baru akan diumumkan kelak*
      Pengumuman Restoran di Melaka**
      Warung Kak Mariana No 4, Medan Selera Taman kenanga, Jalan Siantan, 75200 Melaka 27 November
      12:00pm - 2:00pm
      9 Restoran NS 1355, Lorong Cengal 3/2, Taman Bukit Ampangan, 70400 Seremban, Negeri Sembilan 12:00pm - 2:00pm
      10 Restoran Nasi Ulam Cikgu Jalan Hilir Kota, 15350 Kota Bharu Kelantan 12:00pm - 2:00pm
      11 Asam Pedas Legend 945, Jalan Sultan Mohamad, 21100 Kuala Terengganu 12:00pm - 2:00pm
      12 Restaurant D Osis Humaira (Kuantan) Jalan Putra Square 2, Putra Square, 25300 Kuantan, Pahang 12:00pm - 2:00pm
      13 Satria Asam Pedas Metrocity Matang, No.80, Lorong Metrocity Boulevard 4E, Taman Matang Jaya, 93050 Kuching, Sarawak 12:00pm - 2:00pm
      14 Ori Kitchen Recipe 121, Jalan Gaya, Pusat Bandar Kota Kinabalu, 88000 Kota Kinabalu, Sabah 12:00pm - 2:00pm

      * Disebabkan keadaan yang tidak dijangka, penebusan di restoran Melaka telah dibatalkan. Penebusan untuk semua restoran yang lain akan diteruskan seperti yang tertera diatas.
      ** Restoran di Melaka telah dikemaskini pada 26hb November 2021.

    7. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminda Terrma dan Syarat dan senarai RESTORAN pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.
    8. Penebus mesti mematuhi segala peraturan berkaitan dengan Covid-19 yang diisytiharkan oleh kerajaaan dan pihak RESTORAN (“SOP Covid-19”)
    9. Setelah semua Langkah telah diikuti, barulah Penebus layak melakukan penebusan SET ASAM PEDAS IKAN.
    10. Penganjur berhak menentukan kelayakan setiap Penebus mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Hanya Penebus yang memenuhi setiap Mekanik PENEBUSAN yang dinyatakan dan mematuhi Terma dan Syarat akan layak untuk melakukan penebusan. Penebus yang gagal mematuhi Mekanik PENEBUSAN dan Terma dan Syarat tidak akan layak secara automatik untuk melakukan penebusan tanpa sebarang notis.
    11. SET ASAM PEDAS IKAN yang diberikan adalah dalam bentuk "sebagaimana adanya" dan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dan diterima oleh Penebus tanpa jaminan atau jaminan apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat. Semua keputusan yang dibuat adalah muktamad, dan tiada surat-menyurat, rayuan, atau persoalan, akan dilayan. Sekiranya diminta oleh pihak Penganjur, Penebus mestilah bersedia untuk memberikan persetujuan untuk melepaskan penanggungan dan perlindungan daripada kerugian di dalam borang yang disediakan oleh pihak Penganjur.
    12. Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan dan / atau menggantikan SET ASAM PEDAS IKAN tersebut dengan set lain yang sama nilai seperti yang ditentukan oleh Penganjur, ejen-ejen atau pihak penaja.
    13. Hak Penebus akan dilucutkan sekiranya mereka gagal untuk menuntut atau menebus SET ASAM PEDAS IKAN seperti yang dinyatakan oleh Penganjur pada waktu yang ditentukan.
  4. PENYINGKIRAN
    1. Pihak Penganjur berhak untuk menentukan sama ada penebusan Penebus adalah sah atau tidak. Jika Penebus didapati telah melanggar Terma dan Syarat PENEBUSAN, Penganjur berhak untuk membatalkan penebusan Penebus dan kelayakan mereka.
    2. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan dan menyingkirkan penebusan, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu, di atas kegagalan Penebus untuk mengikuti dan / atau mematuhi sebarang peruntukan yang terdapat dalam Terma dan Syarat PENEBUSAN.
  5. HAK PENGANJUR
    1. Pihak Penganjur mempunyai hak dan budi bicara tunggal untuk menyingkirkan, tidak mempertimbangkan atau menolak mana-mana penebusan yang disifatkan olehnya sebagai tidak wajar atau menyinggung dalam apa sahaja keadaan.
    2. Dengan menyertai PENEBUSAN ini, Penebus bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menerbitkan atau memaparkan bahan-bahan atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama dan/atau gambar para Penebus serta penebusan mereka untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan publisiti yang disifatkan wajar oleh Penganjur. Pihak Penganjur selanjutnya berhak untuk menggunakan maklumat peribadi Penebus dalam dan / atau apa jua tujuan yang disifatkan wajar oleh Penganjur serta Penebus dianggap memberi kebenaran untuk tujuan tersebut apabila menyertai PENEBUSAN ini tanpa mengemukakan sebarang tuntutan kewangan atau apa sahaja.
    3. Penganjur atau ejen-ejennya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa (i) kehilangan, kelewatan, atau penebusan tidak lengkap, yang membatalkan penebusan; atau (ii) untuk sebarang kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kepincangan sebarang sambungan, perkakasan atau perisian elektronik; atau (iii) sebarang kesilapan, manusia, teknikal atau yang demikian.
    4. Tertakluk pada Terma dan Syarat di dalam PENEBUSAN ini, setiap penebusan dengan bukti pembelian adalah layak untuk menebus dan mungkin akan digunakan tidak terhad sebagai tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan seluruh dunia dalam apa jua keadaan yang disifatkan wajar sebagai hak mutlak Penganjur.
    5. Penebus yang mengambil bahagian dalam PENEBUSAN menanggung sepenuhnya segala risiko sendiri. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Penebus untuk apa-apa kehilangan, kecelakaan, kecederaan, kerosakan atau kemalangan kepada mana-mana orang atau harta apa jua dan apa-apa tuntutan, ganti rugi atau kerugian yang timbul daripada penyertaan mereka atau tidak menyertai dalam PENEBUSAN. Penebus menanggung sepenuhnya sebarang cukai, yuran, levi atau caj yang perlu dibayar, jika ada, berkaitan dengan apa jua SET ASAM PEDAS IKAN yang diberikan kepada mereka. Penebus mestilah menanggung sepenuhnya liabiliti berkaitan dengan sebarang kecelakaan, kecederaan, kerosakan atau kemalangan kepada mana-mana orang atau harta apa jua dan apa-apa tuntutan, ganti rugi atau kerugian yang timbul daripada penyertaan mereka atau tidak menyertai dalam PENEBUSAN.
    6. Terma dan Syarat di dalam ini akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak selaras dalam mana-mana promosi atau bahan pengiklanan lain berkaitan dengan PENEBUSAN ini. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kekaburan atau percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi bahasa yang lain, versi Bahasa Melayu akan diguna pakai pada setiap masa.
    7. PENEBUSAN ini tidak mempunyai kaitan, ditaja, disokong atau dianjurkan oleh Facebook. Penganjur tunggal PENEBUSAN dan penerima semua maklumat yang diberikan oleh Penebus berkaitan dengan PENEBUSAN ini adalah pihak Penganjur. Facebook tidak akan bertanggungjawab menanggung rugi terhadap semua liabiliti berkaitan dengan PENEBUSAN ini.
  6. POLISI PERIBADI
    1. Maklumat Am
      1. Pihak Penganjur menghormati hak peribadi setiap individu yang melayari platform digital milik Penganjur atau maklum balas yang diberikan melalui pengiklanan interaktif Penganjur. Kenyataan Privasi ini menggariskan bahawa Penganjur akan mengumpulkan dan menggunakan maklumat yang diperolehi. Kenyataan ini juga akan memberikan arahan kepada Penebus tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya Penebus memilih untuk tidak membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpulkan atau digunakan semasa mereka melayari laman web milik Penganjur atau semasa Penebus memberikan maklum balas kepada iklan yang diterbitkan oleh Penganjur.
    2. Maklumat Peribadi
      1. Pihak Penganjur tidak akan mengumpulkan sebarang maklumat peribadi Penebus (seperti, nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel Peserta) melainkan diserahkan secara sukarela oleh Penebus kepada Penganjur.
      2. Sekiranya Penebus memilih untuk tidak membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpulkan, mereka tidak perlu menyerahkan maklumat tersebut kepada Penganjur. Sekiranya maklumat itu telah dihantar dan Penebus ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, Penebus boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1 / 20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat Penebus daripada fail yang sedia ada.
      3. Setelah Penebus menyerahkan maklumat peribadi kepada Penganjur, Pihak Penganjur mungkin akan menggunakan maklumat tersebut seperti yang berikut; kecuali dinyatakan sebaliknya: Penganjur akan menyimpan dan memproses maklumat peribadi tersebut untuk lebih memahami kehendak Penebus dan bagaimana Penganjur boleh memperbaiki mutu produk dan servis mereka; Pihak Penganjur akan menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi Penebus; dan Penganjur mungkin akan berkongsi maklumat tersebut kepada pihak ketiga.
    3. Maklumat Kanak-kanak
      1. Pihak Penganjur tidak berhasrat untuk mengumpulkan sebarang maklumat peribadi (seperti, nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel) daripada individu berumur di bawah Enam Belas (16) tahun. Mengikut kesesuaian, Penganjur akan memberikan arahan khusus kepada kanak-kanak untuk menyerahkan maklumat tersebut di laman web atau iklan milik Pihak Penganjur. Sekiranya maklumat itu telah dihantar dan kanak-kanak tersebut ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut boleh menghubungi Pihak Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1 / 20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat kanak-kanak tersebut daripada fail yang sedia ada.
    4. Maklumat Bukan Peribadi Dikumpulkan Secara Automatik
      1. Dalam kes-kes tertentu, Penganjur mungkin akan mengumpulkan maklumat bukan peribadi Penebus. Contoh-contoh maklumat tersebut termasuk jenis pelayar internet, sistem pengendalian komputer, dan domain digunakan oleh Penebus yang dihubungkan dari laman web dan iklan milik Penganjur.
      2. Maklumat Tersimpan Secara Automatik dalam Pemacu Keras Komputer Anda.
      3. Sekiranya Penebus melayari dan melihat salah satu daripada laman web atau iklan milik Penganjur, Penganjur mungkin menyimpan sesetengah maklumat dalam komputer anda. Maklumat ini dikenali sebagai “Cookie” atau fail sama yang akan membantu Penganjur dalam banyak cara. Sebagai contoh, Cookie membenarkan Penganjur untuk menyesuaikan minat dan pilihan Penebus melalui laman web atau iklan milik Penganjur. Kebanyakan pelayar internet, membolehkan Penebus memadamkan Cookie daripada cakera keras atau komputer mereka, menyekat semua Cookie, atau menerima amaran sebelum Cookie disimpan. Penebus perlu merujuk kepada arahan pelayar atau layar bantuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi ini.
    5. Maklumat Tambahan
      1. Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
    6. Hubungi Kami
      1. Sekiranya Penebus telah menyerahkan maklumat peribadi melalui laman web dan iklan interaktif milik Penganjur, dan Penebus ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, Penebus boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat Penebus daripada fail yang sedia ada.

HAK CIPTA © 2021 URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd - JACK ‘n JILL Potato Chips. HAK CIPTA TERPELIHARA. TERMA DAN SYARAT POLISI PRIVASI.