Peraduan JACK ‘n JILL Potato Chips Pek Besar Lagi Syok (1hb Jul - 31hb Jul 2022)
Peraduan JACK ‘n JILL Potato Chips Pek Besar Lagi Syok (1hb Jul - 31hb Jul 2022)

Peraduan JACK ‘n JILL Potato Chips Pek Besar Lagi Syok (1hb Jul – 31hb Jul 2022)

Terma dan Syarat

Terma dan syarat (“Terma dan Syarat”) berikut diguna pakai untuk penyertaan peraduan JACK ‘n Potato Pek Besar Lagi Syok ("PERADUAN") yang dianjurkan oleh URC Snack Foods (Malaysia) Sdn. Bhd. (Syarikat No. 198201012921 ("Penganjur").

PERADUAN ini akan berjalan mulai 1hb Julai 2022 jam 12:00AM (+8 GMT) dan berakhir pada 31hb Julai 2022 pukul 11:59PM (+8 GMT) ("Tempoh PERADUAN"). Penyertaan yang diterima di luar Tempoh PERADUAN akan disingkirkan. Dengan menyertai peraduan ini, semua peserta dianggap telah menerima Terma dan Syarat ini dan bahawa mereka bersetuju untuk mematuhinya. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk meminda Terma dan Syarat pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

  1. KELAYAKAN
    1. PERADUAN ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas (pada tarikh penyertaan PERADUAN ini) dengan Kad Pengenalan Kebangsaan Malaysia yang sah ("Peserta"). Sekiranya Peserta berumur di bawah 18 tahun pada tarikh penyertaan PERADUAN ini, Peserta dikehendaki untuk mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga sebelum menyertai PERADUAN ini dan, atas permintaan Penganjur, pengesahan ini adalah perlu diserahkan.
    2. Pekerja, pemegang saham, pegawai, pengarah, ejen, pengedar, dan wakil Penganjur daripada setiap syarikat induk, gabungan, bahagian, anak syarikat, ejen, wakil, dan agensi pengiklanan masing-masing, bersama-sama dengan ahli keluarga terdekat (tanpa mengira di mana mereka tinggal) dan mereka yang tinggal di rumah yang sama dengan orang tersebut (sama ada mempunyai ikatan kekeluargaan atau tidak), tidak layak untuk menyertai PERADUAN.
    3. Penganjur mempunyai hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana Peserta yang tidak mematuhi mana-mana Terma dan Syarat PERADUAN ini atau jika Penganjur berpendapat bahawa Peserta gagal memenuhi mana-mana kriteria penyertaan seperti yang ditetapkan oleh Penganjur.
  2. MAKLUMAT PERADUAN
    1. PERADUAN ini akan berjalan mulai 1hb Julai 2022 jam 00:00 dan berakhir pada 31hb Julai 2022 jam 23:59 melalui Facebook. Penyertaan yang diterima di luar Tempoh PERADUAN akan disingkirkan.
    2. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubah, melanjutkan, menggantung, atau menamatkan PERADUAN mengikut budi bicara mutlaknya atau jika ia tidak menerima bilangan yang mencukupi untuk penyertaan yang layak atau jika PERADUAN tidak dapat diteruskan atas apa jua alasannya. Penamatan atau penggantungan itu tidak akan memberikan hak kepada Peserta untuk mengemukakan sebarang tuntutan.
    3. Pihak Penganjur mempunyai hak untuk mengubaht terma dan syarat PERADUAN mengikut budi bicara mutlaknya.
  3. MEKANIK PERADUAN
    1. Sebelum memahami mekanik PERADUAN, Peserta dinasihatkan untuk sentiasa peka terhadap implikasi PERADUAN di mana Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang risiko yang mungkin terjadi sepanjang Tempoh PERADUAN. Peserta akan menanggung segala risiko dengan menyertai PERADUAN ini dan adalah penting untuk Peserta sentiasa berhati-hati dengan keadaan yang tidak dijangkakan.
    2. Mekanik PERADUAN adalah seperti berikut (“Mekanik PERADUAN”):
      1. Langkah 1
        1. Kira jumlah pek JACK ‘n JILL Potato Chips di dalam video atau gambar Facebook pos dengan tajuk ‘JOM KIRA, KONGSI DAN MENANG!’.
      2. Langkah 2
        1. Sertai jawapan anda di dalam komen pos dan tag dua teman anda untuk mendapat satu penyertaan.
      3. Langkah Pilihan
        1. Jika anda pos resit pembelian JACK ‘n JILL Potato Chips bernilai RM5 bertarikh 1hb Julai hingga 31hb Julai (“RESIT”) di komen bersama jawapan anda seperti mana yang dinyatakan di Langkah 1 dan Langkah 2, anda akan mendapat satu lagi penyertaan.
          1. Jika anda pos Dua (2) RESIT pembelian, anda akan mendapat 3 penyertaan
          2. Jika anda pos Tiga (3) RESIT pembelian, anda akan mendapat 4 penyertaan dan selanjutnya tanpa batasan.
        2. Hanya RESIT yang unik akan diambil kira sebagai penyertaan tambahan.
        3. Jika anda ingin menyertai dengan jawapan yang berbeza, sila jawab dengan komen yang baharu. RESIT yang digunakan pada mana-mana jawapan akan dikira untuk jawapan tersebut sahaja.
        4. Resit pembelian mesti disimpan.
    3. Peserta boleh menghantar Dua (2) jawapan sahaja, tetapi setiap jawapan boleh diiringi dengan seberapa RESIT unik yang diingini.
      1. Jika Peserta menghantar Dua (2) jawapan dalam satu komen yang sama, penyertaan itu akan dibatalkan.
      2. Jika Peserta menghantar lebih daripada Dua (2) komen dengan jawapan, hanya komen dengan jawap yang terawal akan diambil kira.
    4. Setelah semua langkah dilengkapkan dengan jawapan yang betul, barulah penyertaan ini dipertimbangkan sebagai penyertaan yang sah (“PENYERTAAN YANG SAH”).
    5. Penganjur berhak menentukan kelayakan setiap Peserta mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya. Hanya Peserta yang memenuhi setiap Mekanik PERADUAN yang dinyatakan dan mematuhi Terma dan Syarat akan layak untuk memenangi Hadiah. Penyertaan yang tidak lengkap dan/atau Peserta yang gagal mematuhi Mekanik PERADUAN dan Terma dan Syarat akan disingkirkan daripada PERADUAN secara automatik tanpa sebarang notis.
  4. HADIAH-HADIAH PERADUAN
    1. Hadiah Mingguan
      1. Sejumlah Tiga (3) pemenang akan dipilih pada setiap tempoh mingguan X 4. Pemenang akan menerima hadiah mingguan ("Hadiah Mingguan") yang berikut:
        1. HADIAH MINGGUAN X 3: 2 Pek Besar Lagi Syok (pek gergasi) yang mengandungi beberapa pek JACK ‘n JILL Potato Chips 150g dengan perisa yang disebutkan.
      2. Tempoh Mingguan
        1. Tempoh Mingguan 1: 1hb Julai - 10hb Julai 2022
        2. Tempoh Mingguan 2: 11hb Julai - 17hb Julai 2022
        3. Tempoh Mingguan 3: 18hb Julai - 24hb Julai 2022
        4. Tempoh Mingguan 4: 25hb Julai - 31hb Julai 2022
    2. Hadiah Utama
      1. Sejumlah Tiga (3) pemenang akan dipilih pada akhir Tempoh PERADUAN. Pemenang akan menerima hadiah utama (“HADIAH UTAMA”) yang berikut:
        1. “Staycation” Lagi Syok 3 Hari 2 Malam & RM1,000 Kad Hadiah Shopee
      2. “Staycation” Lagi Syok 3 Hari 2 Malam akan ditentukan dengan mutlaknya oleh Penganjur dengan jumlah anggaran RM1,500 di Malaysia. Setelah tempat penginapan telah dipilih, semua terma dan syarat penginapan adalah tertakluk kepada tempat tersebut.
    3. Pemilihan dan hadiah-hadiah PERADUAN adalah muktamad. Tiada surat-menyurat atau rayuan lanjut akan dilayan.
  5. PEMILIHAN PEMENANG-PEMENANG
    1. Sejumlah Tiga (3) orang pemenang akan dipilih pada setiap tempoh akhir mingguan X 4 minggu untuk memenangi HADIAH MINGGUAN dengan system komputer secara rawak daripada PENYERTAAN YANG SAH yang diterima.
    2. Sejumlah Tiga (3) orang pemenang akan dipilih pada akhir Tempoh PERADUAN untuk memenangi HADIAH UTAMA dengan system komputer secara rawak daripada PENYERTAAN YANG SAH yang diterima.
    3. Setiap Peserta hanya boleh memenangi Satu (1) HADIAH MINGGUAN pada tempoh mingguan yang sama. Setiap Peserta boleh memenangi Satu (1) HADIAH MINGGUAN setiap tempoh mingguan dan Satu (1) HADIAH UTAMA.
    4. Senarai para pemenang akan diumumkan di laman Facebook JACK ‘n JILL Potato Chips @jnjpotatochips. Penganjur mempunyai hak untuk menukar tarikh pengumuman senarai para pememang.
      1. Pengumuman Pemenang HADIAH MINGGUAN
        1. Tempoh Mingguan 1: 20hb Julai 2022
        2. Tempoh Mingguan 2: 22hb Julai 2022
        3. Tempoh Mingguan 3: 29hb Julai 2022
        4. Tempoh Mingguan 4: 5hb Ogos 2022
      2. Pemenang HADIAH UTAMA akan diumumkan pada 12hb Ogos 2022
    5. Penganjur akan memilih para pemenang dengan memastikan setiap PENYERTAAN YANG SAH telah mematuhi Mekanik PERADUAN Terma dan Syarat PERADUAN sepenuhnya. Keputusan Penganjur berkenaan senarai pemenang adalah muktamad. Tiada surat-menyurat atau rayuan lanjut akan dilayan.
  6. PENGHANTARAN HADIAH-HADIAH
    1. Pemenang akan dihubungi oleh agensi yang dilantik oleh Penganjur melalui mesej peribadi Facebook dalam masa Tujuh (7) hari waktu bekerja selepas pengumuman untuk mendapatkan maklumat peribadi untuk proses menguruskan pembahagian hadiah.
    2. Pemenang HADIAH UTAMA akan dihubungi dan disampaikan maklumat “Staycation” Lagi Syok 3 hari 2 malam.
    3. Sekiranya para pemenang gagal dihubungi dalam tempoh Tujuh (7) hari waktu bekerja setelah pemberitahuan atau pengumuman atau jika dihubungi tetapi Peserta memilih untuk tidak menerima hadiah, pihak Penganjur berhak untuk menyingkirkan kelayakan Peserta dan melucutkan hak penerimaan hadiah, atau Penganjur berhak untuk memilih Peserta berkelayakan berikutnya.
    4. Para pemenang mesti melengkapkan semua butiran yang diperlukan oleh Penganjur, dengan mengemukakan bukti pembelian asal di atas permintaan Penganjur dan MyKad yang sah, dan jika para pemenang gagal menyediakan butiran tersebut, Penganjur berhak untuk melucutkan hak menerima hadiah atau memberikan hadiah tersebut kepada Peserta yang lain.
    5. Hadiah yang diberikan adalah dalam bentuk "sebagaimana adanya" dan tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dan diterima oleh Peserta tanpa jaminan atau jaminan apa jua bentuk, sama ada nyata atau tersirat. Semua keputusan yang dibuat adalah muktamad, dan tiada surat-menyurat, rayuan, atau persoalan, akan dilayan. Sekiranya diminta oleh pihak Penganjur, Peserta mestilah bersedia untuk memberikan persetujuan untuk melepaskan penanggungan dan perlindungan daripada kerugian di dalam borang yang disediakan oleh pihak Penganjur.
    6. HADIAH MINGGUAN akan dihantarkan melalui perkhidmatan pos atau kurier kepada para pemenang.
    7. Penganjur mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk menggantikan dan / atau menggantikan hadiah tersebut dengan hadiah lain yang sama nilai seperti yang ditentukan oleh Penganjur, ejen-ejen atau pihak penaja.
    8. Hak Pemenang akan dilucutkan sekiranya mereka gagal untuk menuntut atau menebus Hadiah seperti yang dinyatakan oleh Penganjur pada waktu yang ditentukan.
  7. PENYINGKIRAN
    1. Pihak Penganjur berhak untuk menentukan sama ada penyertaan Peserta adalah sah atau tidak. Jika Peserta didapati telah melanggar Terma dan Syarat PERADUAN, Penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan Peserta dan kelayakan mereka, dan Peserta lain yang berikutnya akan dipilih.
    2. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan dan menyingkirkan penyertaan, tanpa perlu memberi notis terlebih dahulu, di atas kegagalan Peserta untuk mengikuti dan / atau mematuhi sebarang peruntukan yang terdapat dalam Terma dan Syarat PERADUAN.
  8. HAK PENGANJUR
    1. Pihak Penganjur mempunyai hak dan budi bicara tunggal untuk menyingkirkan, tidak mempertimbangkan atau menolak mana-mana penyertaan yang disifatkan olehnya sebagai tidak wajar atau menyinggung dalam apa sahaja keadaan.
    2. Dengan menyertai PERADUAN ini, Peserta bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada Penganjur untuk menerbitkan atau memaparkan bahan-bahan atau maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada nama dan/atau gambar para pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan pemasaran, pengiklanan dan publisiti yang disifatkan wajar oleh Penganjur. Pihak Penganjur selanjutnya berhak untuk menggunakan maklumat peribadi Peserta dalam dan / atau apa jua tujuan yang disifatkan wajar oleh Penganjur serta Peserta dianggap memberi kebenaran untuk tujuan tersebut apabila menyertai PERADUAN ini tanpa mengemukakan sebarang tuntutan kewangan atau apa sahaja.
    3. Penganjur atau ejen-ejennya tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa (i) kehilangan, kelewatan, atau penyertaan tidak lengkap, yang membatalkan penyertaan; atau (ii) untuk sebarang kerosakan teknikal, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kepincangan sebarang sambungan, perkakasan atau perisian elektronik; atau (iii) sebarang kesilapan, manusia, teknikal atau yang demikian.
    4. Tertakluk pada Terma dan Syaratj di dalam PERADUAN ini, setiap penyertaan dengan bukti pembelian adalah layak untuk dipilih sebagai pemenang dan mungkin akan digunakan tidak terhad sebagai tujuan publisiti, pemasaran dan pengiklanan seluruh dunia dalam apa jua keadaan yang disifatkan wajar sebagai hak mutlak Penganjur.
    5. Peserta yang mengambil bahagian dalam PERADUAN menanggung sepenuhnya segala risiko sendiri. Penganjur tidak akan bertanggungjawab kepada Peserta untuk apa-apa kehilangan, kecelakaan, kecederaan, kerosakan atau kemalangan kepada mana-mana orang atau harta apa jua dan apa-apa tuntutan, ganti rugi atau kerugian yang timbul daripada penyertaan mereka atau tidak menyertai dalam PERADUAN dan/atau penebusan hadiah(-hadiah). Peserta menanggung sepenuhnya sebarang cukai, yuran, levi atau caj yang perlu dibayar, jika ada, berkaitan dengan apa jua hadiah(-hadiah) yang diberikan kepada mereka. Peserta mestilah menanggung sepenuhnya liabiliti berkaitan dengan sebarang kecelakaan, kecederaan, kerosakan atau kemalangan kepada mana-mana orang atau harta apa jua dan apa-apa tuntutan, ganti rugi atau kerugian yang timbul daripada penyertaan mereka atau tidak menyertai dalam PERADUAN dan / atau penebusan hadiah(-hadiah).
    6. Terma dan Syarat di dalam ini akan mengatasi sebarang terma, syarat, peruntukan atau representasi yang tidak selaras dalam mana-mana promosi atau bahan pengiklanan lain berkaitan dengan PERADUAN ini. Sekiranya terdapat sebarang ketidakselarasan, konflik, kekaburan atau percanggahan antara versi Bahasa Melayu dan versi bahasa yang lain, versi Bahasa Melayu akan diguna pakai pada setiap masa.
    7. PERADUAN ini tidak mempunyai kaitan, ditaja, disokong atau dianjurkan oleh Facebook. Penganjur tunggal PERADUAN dan penerima semua maklumat yang diberikan oleh Peserta berkaitan dengan PERADUAN ini adalah pihak Penganjur. Facebook tidak akan bertanggungjawab menanggung rugi terhadap semua liabiliti berkaitan dengan PERADUAN ini.
  9. POLISI PERIBADI
    1. Maklumat Am
      1. Pihak Penganjur menghormati hak peribadi setiap individu yang melayari platform digital milik Penganjur atau maklum balas yang diberikan melalui pengiklanan interaktif Penganjur. Kenyataan Privasi ini menggariskan bahawa Penganjur akan mengumpulkan dan menggunakan maklumat yang diperolehi. Kenyataan ini juga akan memberikan arahan kepada Peserta tentang apa yang perlu dilakukan sekiranya Peserta memilih untuk tidak membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpulkan atau digunakan semasa mereka melayari laman web milik Penganjur atau semasa Peserta memberikan maklum balas kepada iklan diterbitkan oleh Penganjur.
    2. Maklumat Peribadi
      1. Pihak Penganjur tidak akan mengumpulkan sebarang maklumat peribadi Peserta (seperti, nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel Peserta) melainkan diserahkan secara sukarela oleh Peserta kepada Penganjur.
      2. Sekiranya Peserta memilih untuk tidak membenarkan maklumat peribadi mereka dikumpulkan, mereka tidak perlu menyerahkan maklumat tersebut kepada Penganjur. Sekiranya maklumat itu telah dihantar dan Peserta ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, Peserta boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1 / 20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat Peserta daripada fail yang sedia ada.
      3. Setelah Peserta menyerahkan maklumat peribadi kepada Penganjur, Pihak Penganjur mungkin akan menggunakan maklumat tersebut seperti yang berikut; kecuali dinyatakan sebaliknya: Penganjur akan menyimpan dan memproses maklumat peribadi tersebut untuk lebih memahami kehendak Peserta dan bagaimana Penganjur boleh memperbaiki mutu produk dan servis mereka; Pihak Penganjur akan menggunakan maklumat tersebut untuk menghubungi Peserta; dan Penganjur mungkin akan berkongsi maklumat tersebut kepada pihak ketiga.
    3. Maklumat Kanak-kanak
      1. Pihak Penganjur tidak berhasrat untuk mengumpulkan sebarang maklumat peribadi (seperti, nama, alamat, nombor telefon, atau alamat emel) daripada individu berumur di bawah enam belas (16) tahun. Mengikut kesesuaian, Penganjur akan memberikan arahan khusus kepada kanak-kanak untuk menyerahkan maklumat tersebut di laman web atau iklan milik Pihak Penganjur. Sekiranya maklumat itu telah dihantar dan kanak-kanak tersebut ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, ibu bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1 / 20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat kanak-kanak tersebut daripada fail yang sedia ada.
    4. Maklumat Bukan Peribadi Dikumpulkan Secara Automatik
      1. Dalam kes-kes tertentu, Penganjur mungkin akan mengumpulkan maklumat bukan peribadi Peserta. Contoh-contoh maklumat tersebut termasuk jenis pelayar internet, sistem pengendalian komputer, dan domain digunakan oleh Peserta yang dihubungkan dari laman web dan iklan milik Penganjur.
      2. Maklumat Tersimpan Secara Automatik dalam Pemacu Keras Komputer Anda
      3. Sekiranya Peserta melayari dan melihat salah satu daripada laman web atau iklan milik Penganjur, Penganjur mungkin menyimpan sesetengah maklumat dalam komputer anda. Maklumat ini dikenali sebagai “Cookies” atau fail sama yang akan membantu Penganjur dalam banyak cara. Sebagai contoh, Cookies membenarkan Penganjur untuk menyesuaikan minat dan pilihan Peserta melalui laman web atau iklan milik Penganjur. Kebanyakan pelayar internet, membolehkan Peserta memadamkan Cookies daripada cakera keras atau komputer mereka, menyekat semua Cookies, atau menerima amaran sebelum Cookies disimpan. Peserta perlu merujuk kepada arahan pelayar atau layar bantuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai fungsi ini.
    5. Maklumat Tambahan
      1. Terma dan Syarat ini adalah tertakluk kepada dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.
    6. Hubungi Kami
      1. Sekiranya Peserta telah menyerahkan maklumat peribadi melalui laman web dan iklan interaktif milik Penganjur, dan Peserta ingin Pihak Penganjur menukar atau mengeluarkannya dari rekod Penganjur, Peserta boleh meminta dengan menulis kepada Penganjur melalui pos kepada URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd, No.1, Jalan Jurunilai U1/20, Seksyen U1, Hicom Glenmarie Industrial Park, 40150 Shah Alam, Selangor. Penganjur akan menggunakan usaha yang munasabah untuk memadamkan maklumat Peserta daripada fail yang sedia ada.

HAK CIPTA © 2022 URC Snack Foods (Malaysia) Sdn Bhd - JACK 'n JILL Potato Chips. HAK CIPTA TERPELIHARA. TERMA DAN SYARAT POLISI PRIVASI.