TERMA & SYARAT PERADUAN “Wonder Filled Holiday!”



A. Umum

1. “Wonder Filled Holiday!” (“Peraduan”) ini adalah dianjurkan oleh MunchWorld Marketing Sdn Bhd (199001009927 (201499-U)) (“Penganjur”)

2. Peraduan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan di sini dan Penganjur berhak untuk mempelbagaikan, menambah, menukar dan/atau mengubah terma dan syarat ini pada bila-bila masa yang dianggap sesuai. Perubahan tersebut akan dimaklumkan melalui saluran komunikasi yang dianggap sesuai oleh Penganjur.

3. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta faham dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat yang telah diberikan



B. Kelayakan

1. Peraduan ini terbuka untuk:

i. Semua individu berumur 18 tahun dan ke atas;

ii. Perlu tinggal di Malaysia dengan alamat surat-menyurat yang sah; dan,

iii. Perlu menyertai peraduan menggunakan akaun Facebook mereka.

2. Peraduan ini tidak terbuka untuk pekerja Penganjur, ahli keluarga terdekat, syarikat pengiklanan, ejen-ejen atau sesiapa yang berkaitan dengan pentadbiran atau pelaksanaan Peraduan.

3. Para peserta perlu mempunyai akaun Facebook yang sah dan sedia ada.



C. Cara-Cara Penyertaan

1. Para peserta perlu:

i. Mendaftarkan penyertaan dengan log masuk ke akaun Facebook mereka.

ii. Peserta perlu mengumpul mata sebanyak mungkin dengan mengumpul ramuan coklat yang jatuh daripada garisan semasa permainan.

iii. Para peserta boleh berulang kali bermain sebanyak yang mungkin, dan setiap markah permainan akan dikira untuk mendapatkan jumlah markah keseluruhan. Jumlah penyertaan untuk setiap fasa adalah tidak terhad bagi seorang peserta.

iv. Bilangan penyertaan untuk setiap permainan dan penghantaran penyertaan akan ditentukan oleh markah dengan parameter seperti berikut:

0-9 mata – 0 penyertaan

10-19 mata – 1 penyertaan

20-39 mata – 2 penyertaan

40-69 mata – 3 penyertaan

70-99 mata – 4 penyertaan

100+ mata – 5 penyertaan

v. Para peserta yang telah ditentukan sebagai pemenang hanya boleh menang sekali sahaja.



D. Penentuan Pemenang

1. Setiap kali markah dihantar berdasarkan parameter yang dinyatakan di Bahagian C (Cara-Cara Penyertaan), penyertaan akan dimasukkan ke slot bernombor yang disusun dalam turutan kronologi menaik.

2. Pemenang akan dipilih berdasarkan kriteria berikut:

i. Penyertaan yang dihantar jatuh dalam slot bernombor berikut:

Slot Nombor

Slot #10,000

Slot #20,000

Slot #30,000

Slot #40,000

Slot #50,000

Slot #60,000

Slot #70,000

Slot #80,000

Slot #90,000

Slot #100,000

Slot #110,000

Slot #120,000

Slot #130,000

Slot #140,000

Slot #150,000

Slot #160,000

Slot #170,000

Slot #180,000

Slot #190,000

Slot #200,000

ii. Penyertaan itu adalah daripada peserta yang tidak pernah diisytiharkan sebagai pemenang sebelum ini. Sekiranya peserta itu menghantar penyertaan yang jatuh dalam slot kemenangan lebih dari sekali, slot yang terdekat dalam turutan menaik yang dimiliki oleh peserta yang tidak pernah diisytiharkan sebagai pemenang sebelum ini akan ditentukan sebagai pemenang.

iii. Pemenang akan dipilih apabila tempoh peraduan tamat.



E. Tempoh Peraduan

1. Peraduan ini akan bermula pada 1 November, 12.00AM dan tarikh tutup untuk penghantaran adalah pada 31 Disember 2023, 11.59PM (“Tempoh Peraduan”). Mana-mana penyertaan yang diterima selepas Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peserta dinasihatkan untuk menyemak sebarang kemas kini yang berkaitan dengan Peraduan di halaman Facebook Jack ‘n Jill Malaysia, dari semasa ke semasa, sepanjang Tempoh Peraduan.



F. Hadiah

1. Setiap pemenang yang dipilih akan memenangi satu (1) unik baucar perjalanan bernilai RM2,000 (“Hadiah”).

2. Para pemenang akan diumumkan di halaman media social Jack ‘n Jill Malaysia selepas Tempoh Peraduan tamat dan perlu mengesahkan penghantaran dengan butiran pengenalan mereka.

3. Untuk menebus Hadiah, Pemenang MESTI menyediakan butiran lengkap seperti nama penuh, nombor telefon yang sah, alamat e-mel, alamat surat-menyurat dan butiran lain yang atas permintaan Penganjur.

4. Keputusan pengadil dalam penentuan pemenang adalah muktamad dan terikat, dan tiada pertikaian, rayuan, pertanyaan dan/atau surat-menyurat berkaitan mana-mana keputusan tidak akan dilayan.

5. Penganjur akan menghubungi Pemenang melalui “Sistem Mesej Peribadi Facebook”. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya Pemenang tidak boleh dihubungi atau tidak memberi balasan kepada emel penganjur atas apa-apa sebab dalam tempoh empat belas (14) hari, Penganjur berhak untuk menarik balik hadiah dan memilih pemenang yang lain tanpa sebarang tanggungjawab atas Pemenang dalam apa jua cara sekalipun.

6. Penunaian dan penyampaian hadiah yang dimenangi akan dilaksanakan dalam tempoh enam puluh (60) hari bekerja selepas Tempoh Peraduan tamat.

7. Pemenang kemudiannya akan diberi nombor penjejakan penghantaran sebaik sahaja Hadiah dipenuhi.

8. Hadiah diterima sepenuhnya atas risiko Pemenang dan Penganjur akan dikecualikan daripada sebarang jaminan tersurat atau tersirat berkaitan dengan Hadiah setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

9. Hadiah tidak boleh ditukar atau ditebus dengan wang tunai atau apa-apa barangan lain dan tidak boleh dijual semula atau ditawarkan untuk penjualan semula. Melainkan diluluskan sebaliknya oleh Penganjur secara bertulis, Hadiah tidak boleh dipindah milik. Jika Pemenang memilih untuk tidak menerima Hadiah atas apa-apa alasan, pampasan tidak akan ditawarkan.

10. Walau bagaimanapun, Penganjur boleh pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya menggantikan hadiah dengan barangan lain yang mempunyai nilai yang sama atau serupa dengan atau tanpa syarat.



G. Lain-Lain Terma dan Syarat

Rujukan “peserta” atau “para peserta” dalam terma dan syarat ini adalah termasuk “Pemenang” juga.

1. Penganjur boleh mengikut budi bicara mutlaknya membatalkan kelayakan mana-mana peserta dan/atau menarik balik Hadiah pada bila-bila masa, di mana:

i. Peserta gagal mematuhi terma dan syarat yang dinyatakan di sini;

ii. Peserta cuba merosakkan operasi dan pentadbiran Peraduan ini dengan apa-apa bentuk penipuan;

iii. Peserta gagal memberi maklumat yang tepat, lengkap, sah, boleh dikenal pasti dan/atau benar semasa penyertaan, pendaftaran untuk penyertaan dan/atau pada mana-mana peringkat Peraduan ini.

2. Peserta tidak boleh mengambil bahagian secara langsung atau tidak langsung dalam mana-mana kejadian yang boleh melibatkan Penganjur atau pihak yang mengurus Peraduan ini dalam situasi yang boleh memburukkan nama Penganjur.

3. Penggunaan nama lain (“alias”) hendaklah dianggap sebagai satu bentuk penipuan dan dilarang.

4. Dalam situasi di mana Peraduan dibatalkan, ditangguhkan dan/atau ditinggalkan atas apa-apa sebab, Penganjur tanpa tertakluk kepada sebarang bentuk liabiliti dan mengikut budi bicara mutlaknya, mungkin atau tidak mungkin akan memilih untuk menggantikan hadiah dengan barangan lain yang mempunyai nilai yang sama atau serupa dengan atau tanpa syarat. Dalam keadaan sedemikian, Penganjur tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua cara sekalipun untuk sebarang bentuk tuntutan dan/atau liabiliti yang mungkin timbul sama ada secara langsung, tidak langsung atau sebaliknya.

5. Dalam situasi di mana Peraduan ini tidak boleh ditadbir dan/atau ditinggalkan dan/atau dibatalkan dan/atau dihentikan atas sebarang sebab, Penganjur, tanpa tertakluk kepada sebarang bentuk liabiliti dan mengikut budi bicara mutlaknya, memutuskan untuk membatalkan, menamatkan, mengubah atau menangguhkan Peraduan ini dan/atau membatalkan sebarang penyertaan dalam Peraduan ini tanpa memberikan alasan dan tanpa notis kepada peserta.

6. Perlindungan data peribadi adalah penting bagi Penganjur. Sebarang data peribadi yang dikumpul semasa pendaftaran untuk penyertaan dalam Peraduan dan/atau semasa Peraduan ini akan diproses mengikut Dasar Privasi Penganjur yang telah diterbitkan di https://www.urc.com.my (“Dasar Privasi”). Dengan penghantaran data peribadi peserta kepada Penganjur untuk Peraduan ini semasa pendaftaran untuk penyertaan dalam Peraduan, peserta dengan ini membenarkan Penganjur memproses data peribadinya mengikut Dasar Privasi.

7. Dengan menyertai Peraduan ini, para peserta dengan ini memberi kebenaran kepada Penganjur untuk menggunakan, nama peserta dan butiran Facebook sebagai rekod dan tujuan promosi dalam apa jua bentuk media dan cara yang dianggap sesuai tanpa pampasan tambahan. Para peserta tidak layak untuk menuntut sebarang hak proprietari untuknya.

8. Penganjur boleh mengikut budi bicara mutlaknya melarang penyertaan oleh mana-mana peserta dan/atau Pemenang yang dalam apa cara sekalipun, mengganggu, menyekat dan/atau terlibat dalam kelakuan tidak wajar yang menjejaskan Peraduan dan/atau pentadbiran Peraduan ini dan/atau melanggar mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan di sini.

9. Dengan menyertai Peraduan ini, peserta bersetuju bahawa Penganjur berhak untuk mendedahkan data peribadi peserta dan perwakilannya sekiranya Penganjur percaya bahawa pendedahan tersebut perlu untuk mengenal pasti, menghubungi atau mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang mungkin boleh menyebabkan kerosakan atau gangguan (sama ada sengaja atau tidak sengaja) terhadap Peraduan dan/atau Jack ‘n Jill Malaysia dan/atau hak atau harta benda pihak ketiga yang boleh dirosakkan oleh aktiviti tersebut. Penganjur juga berhak untuk mendedahkan data peribadi peserta dan perwakilannya sekiranya jika dikehendaki berbuat demikian oleh mahkamah undang-undang atau badan lain berkaitan.

10. Para peserta bersetuju bahawa Penganjur dan syarikat yang berkaitan dan/atau syarikat bersekutu tidak akan bertanggungjawab terhadap para peserta dan/atau mana-mana pihak dalam apa cara sekalipun untuk sebarang bentuk liabiliti, kerugian, tuntutan dan/atau kerosakan yang timbul berkaitan dengan Peraduan atau sebaliknya.

11. Terma dan syarat ini akan ditadbir oleh dan ditafsirkan mengikut undang-undang Malaysia.

12. Penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang tuntutan dan liabiliti yang timbul dari kecederaan peribadi, keadaan perubatan dan kerosakan harta benda yang berpunca dari penerimaan Hadiah dan Pemenang tidak akan membahayakan Penganjur daripada sebarang tuntutan sedemikian.



“Wonder Filled Holiday!” CONTEST TERMS & CONDITIONS



A. General

1. This “Wonder Filled Holiday!” (“Contest”) is organised by MunchWorld Marketing Sdn Bhd (199001009927 (201499-U)) (“Organiser”)

2. The Contest is subject to the terms and conditions stated herein and the Organiser reserves the right to vary, add, modify and/or alter these terms and conditions as and when it deems fit. Such variations may be communicated through modes of communication deemed suitable by the Organiser.

3. By participating in the Contest, the participant declares that he/she has read and understood the terms and conditions herein and agrees to be bound by them.



B. Eligibility

1. The Contest is open to:

i. All Individuals aged 18 and above;

ii. Must be residing in Malaysia with a valid mailing address; and,

iii. Must join the game using their Facebook account.

2. The Contest is not open to employees of the Organiser, tand their immediate family members, advertising companies, its agents or anyone else connected to the administration and execution of the Contest.

3. Participants must have a valid and existing Facebook account.



C. Contest Mechanics – How to Participate

1. Participants are required to:

i. Register participation by logging into their respective Facebook account.

ii. Participants will have to collect as many points as possible by collecting chocolates that come down the line during game-play.

iii. Participants may play the game multiple times with each score counting as accumulative entries in determining the winner. There are no limitations to the number of entries per person for each phase.

iv. The number of entries for each playthrough and participant’s submission will be determined by the score with the following parameters in place:

0-9 points - 0 entries

10-19 points - 1 entry

20-39 points - 2 entries

40-69 points - 3 entries

70-99 points - 4 entries

100+ points - 5 entries

v. Participants that have been determined to be winners can only win once.



D. Determination of Winners

1. Each time a score is submitted based on the parameters outlined in Section C (Contest Mechanics), the entries are allocated numbered slots that are arranged in chronological, ascending order.

2. Winners will be selected based on the following criteria:

i. The entry submitted falls on the following numbered slots:

Number Slot

Slot #10,000

Slot #20,000

Slot #30,000

Slot #40,000

Slot #50,000

Slot #60,000

Slot #70,000

Slot #80,000

Slot #90,000

Slot #100,000

Slot #110,000

Slot #120,000

Slot #130,000

Slot #140,000

Slot #150,000

Slot #160,000

Slot #170,000

Slot #180,000

Slot #190,000

Slot #200,000

ii. The entry belongs to a participant that has not previously obtained a winning entry. Should a participant submit an entry that falls into a winning slot more than once, the closest slot in ascending order belonging to a participant who has not obtained a winning entry before will be determined the winner.

iii. Winners will be chosen only when the contest period ends.



E. Contest Period

1. This Contest will commence on 1 November 2023, 12.00AM and the closing date for submission is by 31 December 2023, 11.59PM (“Contest Period”). Any entries received after the respective Contest Period will be automatically disqualified.

2. Participants are advised to check for any updates pertaining to the Contest on Jack ‘n Jill Malaysia Facebook page, from time to time, during the Contest Period.



F. Prize

1. Each chosen winner will be given one (1) unit of Travel Voucher worth RM2,000 (“Prize”).

2. The Winners will be announced on Jack ‘n Jill Malaysia social media page after the Contest Period ends and will be required to verify their submission with their identification credentials.

3. To redeem the Prize, Winner MUST provide their complete information such as full name, valid contact number, e-mail address, mailing address and other details upon request by the organiser.

4. The judges’ decision of the Winner is final, conclusive, and binding, and no disputes, appeals, inquiries and/or correspondence in relation to any of the decisions shall be entertained.

5. The Organiser will contact the Winner via “Facebook Personal Messaging System”. The Organiser will not be held liable in the event the Winner cannot be contacted or have not responded to the Organiser’s e-mail for whatever reasons within fourteen (14) days, the Organiser reserves its absolute right to irrevocably forfeit the prize and select another winner without being liable or responsible to the Winner in any manner whatsoever.

6. The fulfilment and delivery of the prize won will be carried out within sixty (60) working days after the contest period ends.

7. Winners will then be given a delivery tracking number once the prize is fulfilled.

8. The Prize is accepted entirely at the risk of the Winner and the Organiser excludes itself from any express or implied warranties in connection with the Prize to the extent permitted by law.

9. The Prize is not exchangeable or redeemable for cash or any other item and cannot be resold or offered for resale. Unless otherwise approved by the Organiser in writing, the Prize is not transferable. If the Winner chooses not to accept the Prize for any reason, there will be no compensation offered.

10. However, the Organiser may at any time at its sole and absolute discretion substitute the Prize with other items of an equal or similar value with or without conditions.



G. Other Terms and Conditions

The reference of “participant” or “participants” in these terms and conditions shall also include the Winner.

1. The Organiser may at its sole and absolute discretion disqualify any participant and/or revoke the Prize at any time, where:

i. The participant fails to comply with the terms and conditions stated herein;

ii. The participant attempts to undermine the operation and administration of the Contest by fraud, cheating or deception;

iii. The participant fails to provide accurate, complete, valid, identifiable and/or truthful information during participation, registration to participate and/or at any stage of this Contest.

2. The participant shall not engage in any conduct that directly or indirectly brings the Organiser or the persons managing the Contest in a state of disrepute.

3. Use of other names ("aliases") shall be considered as a form of deception and is prohibited.

4. In the event that the Contest is cancelled, postponed and/or abandoned for any reason, the Organiser without being subject to any form of liability and at its sole and absolute discretion may or may not choose to substitute the prize with other item(s) of an equal or similar value with or without conditions. In such an event, the Organiser shall not be liable and/or responsible in any manner whatsoever for any form of claim and/or liabilities that may arise whether direct, indirect or otherwise.

5. In the event that this Contest cannot be administered and/or is abandoned and/or cancelled and/or discontinued due to any reason, the Organiser, without being subject to any form of liability and at its sole and absolute discretion, may decide to cancel, terminate, modify, or suspend the Contest and/or

invalidate any entries for this Contest without assigning any reasons thereto and without notice to the participants.

6. The protection of personal data is an important concern to the Organiser. Any personal data collected during registration for participation in the Contest and/or during the Contest will be processed in accordance with the Privacy Policy of the Organiser as published at https://www.urc.com.my (“Privacy Policy”). By the participant submitting his/her personal data to the Organiser for this Contest during registration for participation in the Contest, the participant hereby consents to the Organiser processing his/her personal data according to the Privacy Policy.

7. By participating in this Contest, the participants hereby consent to the Organiser to use, participant’s name and Facebook credentials for documentation and promotional purpose in any form of media and any reasonable manner it sees fit without additional compensation. The participants are not eligible to claim any proprietary right thereto.

8. The Organiser may at its sole and absolute discretion prohibit participation by any participant and/or Winner who in any manner whatsoever disrupts, tampers and/or engages in improper conduct that affects the Contest and/or the administration of the Contest and/or breaches any of the terms and conditions stipulated herein.

9. By participating in this Contest, the participant agrees that the Organiser reserves the right to disclose the participants and representatives personal data in the event the Organiser believes that such disclosure is necessary to identify, contact or bring legal action against an individual who might cause or may be causing damage to or interfere (whether intentionally or otherwise) with the Contest and/or Jack ‘n Jill Malaysia and/or any other third party’s rights or property which could be harmed by such activities. The Organiser may also disclose the personal data of the participants and the representatives if required to do so by a court of law or other relevant body.

10. The participants agree that the Organiser and its related and/or associated companies shall not be liable to the participants and/or any other party in any manner whatsoever for any form of liabilities, losses, claims and/or damages howsoever arising in connection with the Contest or otherwise.

11. These terms and conditions shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia.

12. The Organiser shall not be held liable for any claims and liability howsoever arising from personal injuries, medical conditions and damage to property originating from the acceptance of the Prize and the Winner shall hold the Organiser harmless from any such claims.